Jejari Tubuh

Assalamualaikum...

Sekian lama aku rasanya tidak menaip di medan maya ini. Kemalasan menyalut diri tatkala aku ingin menulis. Idea merawang ke udara acap kali memgang papan kekunci... Akhirnya hari ini terdetik untuk menulis semula setelah 6 bulan mengabaikan cara menulis puisi kalbu..
Tiada apa yang ingin kubanggakan sepanjang 6 bulan tanpa khabar berita. Namun aku cukup gembira dengan rezeki dan rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku. Dan nikmat rezeki yang aku tidak mampu ungkapkan adalah nikmat hidup. Sehingga kini aku masih mampu menghela nafas panjang. Menghirup jutaan oksigen tanpa perlu membayar walau satu sen kepada Allah. Syukur Alhamdulillah.

Setelah meninggalkan Dunia PreMed di UiTM Sungai Buloh pada Jun yang lalu, aku menyambung cutiku yang masih bersisa dia rumah. Menemani mak dan abahku di rumah kerana aku yakin selepas ini aku tidak akan mempunyai cuti yang sepanjang ini apabila menyambung pelajaran kelak. Hari berlalu dan masa terus berjalan tanpa halangan. Di bulan Ramadhan dan akhirnya bulan Syawal. Sungguh bersyukur dapat berpuasa sebulan di sisi kedua ibu bapa dan aku menerima rezeki lagi di bulan Ramadhan itu. Alhamdulillah aku menyambung pelajaran semula. Tawaran sudah tiba. Panggilan jihad.

Tatkala aku menulis ini, terbaring aku di atas katil Koleg Perindu UiTM Shah Alam. Dikelilingi insan2 yang berjaya. Personal2 yang saling memahami, sentiasa memberi kata semangat dan InshaaAllah akan terus bersama sepanjang lima tahun.

Sebuah permulaan yang yang memberangsangkan dan diharapkan berkekalan sehingga jasad masih bersama roh

Bila usia meningkat dewasa, tiada apa yang perlu dipirkan tenang apa yang orang pikir akan kita. jadilah diri sendiri agar orang menerima kita dengan seadanya kita.

Walaupun seketika.. semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.. 

Apabila terjatuh, mereka ada untuk tolong membangkitkan aku darikesungkuran. Apabila aku kesunyian, mereka ada untuk memberikan seungkap senyuman. Sememangnya mereka keluarga baru...
Jari ingin terus menaip.. natikann