Berikan Aku Petunjuk

ASSALAMUALAIKUM


Malam dingin subuh sunyi, aku tak tau nak buat apa. bajet nak belajar Kimia. tetapi satu pon tak masuk dalam kepala. Padahal esok dah test (2.29 pagi ok aku taip ni). Oklah hari ni isu yang hendak dikeutarakan adalah DOKTOR BEDAH ataupun DOKTOR GIGI. Ya itulah isu perdebatan kita pada hari ini.. Tentu kat luar sana ramai yang tertanya-tanya apa beza kedua-dua bidang kritikal ini? (skema). 

Tahu tak bahawa negara kita amat ketandusan doktor gigi? Setakat ini kita hanya mempunyai sekitar 1 800 doktor gigi di seluruh negara. Ini bermakna seorang doktor gigi terpaksa merawat sekitar 13 000 orang pesakit. Ramai daripada doktor gigi bekerja di klinik kerajaan tetapi ada juga sebahagian yang membuka perniagaan mereka sendiri. Tetapi tidak kira di mana mereka berada, kewajipan mereka ialah untuk membantu meredakan keluhan pesakit sebaik mungkin. 

Untuk doktor bedah pula sama je macam doktor gigi, merupakan jurusan kritikal di negara kita. Tetapi bilangan tempat yang disediakan adalah lebih tinggi berbandig kuota untuk pelajar pergigian iaitu sebanyak lebih kurang lapan ribu lebih. Manakala untuk bidang pergigian pula hanya menyediakan lebih kurang tujuh ratus tempat sahaja untuk sesekali pengambilan pelajar. 

Jadi persoalannya di sini apa yang sepatutnya aku pilih???????? seriously aku bingung... Since aku tadika aku memang nak sangat jadi doktor bedah.. tapi cita-cita tu au kuburkan bila aku dapat Biology B+ masa SPM.. And aku beralih arah kat bidang pergigian pulak... tapi sepanjang aku kat Pusat Asasi ni aku macam dah berbelah bagi pulak... Pernah sekali aku mintak petunjuk daripada Allah, and aku dapat mimpi yang aku berjumpa dengan seorang doktor gigi. lalu aku bertanya kat seorang kawan aku yang mungkin lebih ilmunya berbanding aku dari segi spiritual ni. Dia kata mungkin tu petunjuk aku nak sakit gigi. Apakah! tak membantu langsung... haha tu istiqamah messages dia je.. dia kata tak boleh yakin sangat dengan mimpi macam tu. sebab kita ni bukan orang alim and ada kita ni ada banyak dosa... 


Stress gila bila aku pikir pasal ni? And apa aku akan jadi kalau kedua-dua kos ni aku tak dapat ceburi? takkan aku nak jadi modell seperti yang selalu aku bayangkan tu??/ takkan nak jadi fashion designer macam Hatta Dolmat.. bukan taknak tapi aku nak cari kerja yang lebih menjamin masa tua aku nanti...(jadi orang matang kejap) Entahlah... Aku rasa sekarang ni aku nak berserah je bulat-bulat kat Sang Maha Pencipta lagi  Maha Mengetahui. yang aku boleh buat sekarang ni adalah dapatkan pointer yang terbaik sepanjang peringkat Asasi ni.. kalau dapat 4.00 flatt insyaAllah aku tak perlu risau sangat kan??? Doakanlah aku dapat 4.00 flatt ye????? 

InsyaAllah... doakan Mohamad Khairie Bin Misni mencapai target ini ya... Amin~