Masa Depan: Sebuah Impian Pasti ataupun Pertaruhan Kalah Mati

Impian Pasti vs Pertaruhan Kalah Mati

Assalamualaikum

"Bulan mengambang menyinar cahaya

Seindah gemerlapan di kala malam  menjelma 

Bukan impian jika namanya palsu

Bukan angan-angan jika paksinya tanpa usaha

Bukan kejayaan namanya jika tiada kepahitan"

Halo hola boleh bah kala kau~ rasanya dah berabad dan berkurun lamanya beta tidak menurunkan titah di blog gagasan beta ini ya? haha <berangan jadi raja kejap ya> hmmmm actually tak tahu pon nak tulis apa ya... tetapi~! rasanya ni tengah demam Akademi Fantasia 2013 kan? eh salah! demam orang nak sambung belajar lah. especially yang lepasan SPM/STPM dan yang seangkatan dengannya lah ye... So maksudnya musim isi upu lah ni... nak mula dari mana yek?

RESULT FINAL

9MEI2013 Tarikh ni lah yang di umumkan sebagai tarikh pelajar Asasi UiTM akan mendapat keputusan akhir masing. for sure lah macam2 perasaan yang ada. bagi yang memang pandai tahap Albert Eisten (yeke aku eja ni? ah~ abaikan) tu mmang tak risau langsung la kateko~ sah2 lah CGPA 4.00. (tak akan guna perkataan 4 flat lg. sbb dekan tak bg. t aku cita kenapa?) So malam tu memang aku dah tak leh tido dengan tenang. sebab kat kepala otak aku ni dah pikir macam. Antaranya: 

---->Kalau Fizik aku failed mcm ne? (sbb rasanya ada 3 soalan yang totalnya 30 markah aku tak reti jawab) 
----> Kalau tak dapat 4.00 macam ne? musnahlah impian aku nak jd dentist.
 Tu antaranya lah kan.. tapi siyesly banyak lagi lah. sampai aku golek2 kat tilam tu ntah brapa ribu kali (overlah kan). and than masa berlalu and akhirnya pagi pon menjelma. sambil membuai Muhammad Adeeb and sambil tu aku bukak laman web student portal guna phone. dup dap dup dap and finally Alhamdulillah... bersyukur sangt2... nak menjerit pon ada. tapi kang budak dalam buaian tu bangun kang lagi satu kerja nak buat. hehe Alhamdulillah untuk semester 2 semua subjek A kecuali biology A- (layak kena maki sbab ada hati nak jd dentist tapi bio A-) harapan betol~ pointer pon boleh lah 3.93. CGPA untuk both sem 3.84. And yang wat aku gembira aku sama dengan Is. haha tak sia2 kita owang study sama2. sangkot pon subjek yang sama. lol 

Tetapi debaran belum habis lagi wo~ tu baru result untuk pointer UiTM. msti ada yang pelik kan? haha nilah special nya  asasi UiTM. Kita orang ada 2 pointer. 1 pointer UiTM and satu lagi pointer untuk UPU. Apa bezanya? bezanya adalah pointer UPU ni tak kira subjek CTU (agama) and BEL (english), Just 4 subject core iaitu Bio, Chm, Math and Phy. daripada 4 tu pulak cuma ambil 3 subjek yang terbaik je markahnya untuk pengiraan pointer. termasuk Math ok... And markah tu pulak adalah purata untuk 2 sem. contohnya math lah ea. 76 dah A. Sem 1 dapat 76. than sem 2 pon 76 jugak. so purata untuk math adalah 76 jugak kan? kira lah sendiri... so begitu jugak lah untuk subjek lain.

#so nasihat kepada asasian uitm, kena struggle both sem. no cuti k~

so sambung cerita diatas. bila dah dapat keputusan tu, aku pon bukak lah group asasi palam kat Fb. macam2 reaksi adalah. And ada yang komen suruh tepon pusat asasi untuk tau pointer UPU. so dalam pukol 3 petang gitu aku pon tepon. penuh debaran. peluh meleleh~ huh~ panas! 

.Assalamualaikum
.waalaikummussalam, ya ada apa yang boleh saya bantu?
.ermmmm saya nak tanya lah macam mana ya nak tau pointer UPU?
.sebenarnya nanti pusat asasi akan post kat email anda dalam masa terdekat ni.
.oh yeke???? agak2 brapa lama ye?
.dalam seminggu dua. tapi kalau nak tau skrang saya boleh cek kan..
.oh boleh jugak lah...
.brapa no ID awak 2012?
.$!%!!^
.ok sekejap ya~
.(krik krik krik)
.ermmm pointer UPU awak~~~~~ 4.00

serentak dengan itu aku pon menjerit. mungkin hampir pekak agaknya telinga abang kat pusat asasi tu. hehe anyway bersyukur sangat2...

PREMEDIC


And ni lagi salah satu kejutan yang aku dapat. tau ni tah brapa hari bulan tah. tak ingat sangat lah.tapi yang penting yang btau aku pasal ni pon si Hajar. haha semangt dia kol aku semata mata nak btau aku pasal ni. hehe tq Jar. Actually tak sangka leh dapat ni. Sebab katanya lau nak dapat premedic UiTM ni kena ltak Pilihan Perubatan UiTM no satu kat borang upu tu. aku ltak no 4 kot. yang 3 atas tu aku ltak dentistry. tapi ni mungkin rezeki Allah kot. so aku terima jelah...

so nak cita sikitlah pengalaman ye. Actually banyak halangan untuk aku g premedic ni. tapi tak yahlah cita kat sini. biarlah aku n family aku je yang tau hehe. bila dah mendaftar kat sini minggu pertama tu agak lambat lah masa berjalan. ntahlah bosan gila kot. Kita orang kena blaja 3 subjek which is Anatomy, Physiology and Biochemistry. tu pon basic je lah kan... hehe anyway untuk premedic ni tak leh tulis banyak banyak. sebab ada post yang khas untu premedic selepas ni. hehe sabar ye kalau nak tau cerita yang seterusnya. Cuma nak mention pasal Dekan Fakulti Perubatan UiTM ni lah. Namanya Prof  Dato Dr Khalid Yusof atau lebih dikenali sebagai KY lah... yang menarik pasal dia ni? hmmmm dia legend.. tu je aku mampu cakap n dia teramat strict sampai time dia berucap aku sanggup tahan nak g toilet. takot gila...  and dia tak suka owang sebut 4.00 flat sebb flat mean rata ataupun pada dia jatuh. so dia tak nak student fakulti ni jatuh di pertengahan jalan

UPU FASA 2

Ni lah yang aku isi untuk upu tu. tapi aku dah ubah sikit sebenarnya. yang UPM tu aku dah delete sebab aku rasa sangat tak tenang masaletak UPM tu. 2 hari jugak aku rasa macam tak senang duduk. so aku wat keputusan untuk padam yang UPM. lagipon kalau boleh aku nak kejar dentist. sbab tu tak ltak medic kat ruangan RU (kolum atas). RU sangat diutamakan dalam UPU sebab dia owang ada kuasa autonomi. (boleh pilih student dia owang). seiously bila imbas balik sebelum SPM, aku tak pernah terdetik nak dentist. tapi bila start dr dapat keputusan SPM tu, macam tros minat gila kat bidang tu (minat je tak cukup. ye aku tau) 

Ni gambar masa lawatan ke Hospital Selayang.. penat wooo.. hospital Selayang tu besar!... (penat? habis kerja t macam ne =,=)

ni bukan kelas kat premedic. tapi kat palam dulu. B6 I miss all of uu.... <3

#actually tajuk tu tak kena langsung dengan post ni... haaha tak kisahlah :)